Pertama Kali ilmu Tajwid Di Himpun
Orang
yang pertama kali menghimpun ilmu ini dalam bentuk kitab adalah Al-Imam
al-‘Adhim Abu ‘Ubaid al-Qasim bin Salam pada abad ke-3 Hijriyah didalam
kitabnya “Kitabul Qiraa-at/ كتاب
القراءات”. Sebagian ada yang
mengatakan bahwa orang yang pertama mengarang dan menghimpun ilmu-ilmu qira-at
adalah Hafsh bin Umar Ad-Duriy.
Adapun
pada abad ke-4 Hijriyah, masyhur seorang imam bernama Al-Hafidz Abu Bakar bin
Mujahid Al-Baghdadiy, ia merupakan orang yang pertama kali mengarang kitab
mengenai bacaan 7 qira’at yang masyhur (Kitab al-Sab’ah). Ia wafat pada tahun
324 H.
Memasuki
abad ke-5 Hijriyah, masyhur nama Al-Hafidz Al-Imam Abu ‘Amr Ustman bin Sa’id
Ad-Dani, pengarang kitab Al-Taysir (التيسير) yang berisi tentang qira-at
Sab’ah dan menjadi sandaran pada ahli Qurra’. Ia juga memiliki banyak karangan
dalam bidang seni qiraat dan lainnya. Dimasa ini juga masyhur, seorang ulama
bernama Al-Imam Makki bin Abi Thalib Al-Qaisi Al-Qairawani, ia mengarang
bermacam-macam kitab tentang qira’at dan ilmu-ilmu Al-Qur’an.
Pada
abad ke-6 Hijriyah, tampil seorang ulama yang menjadi rujukan tokoh-tokoh ulama
yang sezaman dengannya maupun datang setelahnya, dengan karangannya bernama
“Hirzul Amani wa Wajhut Tahani” atau terkenal dengan “Matan Syathibiyah”,
berisi 1173 bait tentang qira-at sab’ah. Ia adalah Abul Qasim bin Fairah bin
Khalaf bin Ahmad Ar-Ru’aini Al-Syathibi al-Andalusi, wafat pada tahun 590 H.
Setelah
itu, banyak ulama yang menekuni bidang ini disetiap masa, menegakkan
panji-panji al-Qur’an baik dengan membaca dan mengaplikasikannya, hingga
akhirnya muncul tokoh penting dalam bidang ilmu tajwid dan qira-at yaitu Imamul
Muhaqqiqin wa Syaikhul Muqri-iin Muhammad Ibnu Al-Jazari Al-Syafi’I dengan karangannya
Al-Nasyr fil Qiraa-atil ‘Asyr, Thayyibatun Nasyr dan Ad-Duratul Mudhiyyah yang
mempelopori bahwa ilmu qira-at ada 10, yaitu sebagai pelengkap apa yang telah
dinyatakan oleh Imam al-Syathibi didalam kitab Hirzul Amani.
Imam
Al-Jazari juga telah mengarang karangan yang berasingan bagi ilmu Tajwid dalam
kitabnya “At-Tamhid” dan puisi beliau yang lebih terkenal dengan nama “Matan
Al-Jazariah”. Imam Al-Jazari telah mewariskan karangan-karangannya yang begitu
banyak berserta bacaannya sekali yang kemudiannya telah menjadi ikutan dan
panduan bagi karangan-karangan ilmu Tajwid dan Qiraat serta bacaan al-Quran
hingga ke hari ini.
Perkembangan
Ilmu Tajwid
Dari
sejarah pula, perkembangan ilmu tajwid bermula sejak zaman Rasulullah SAW,
Rasulullah menerima wahyu dari Jibril sudah dengan bertajwid, hanya pada masa
itu tidak ditekankan hukumnya dengan terperinci dan dibukukan. Orang yang
mula-mula sekali membukukan ilmu ini ialah Imam Al-‘Azim Abu Abid Qasim bin
Salam pada kurun yang ke 3 Hijriah. Namun ada pendapat lain pula mengatakan,
orang yang mula-mula membukukan ilmu ini ialah Hafs bin ‘Umaral-Duri.
Ilmuwan
sejarah juga menyatakan perkembangan ilmu tajwid di zaman Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi wa Sallam seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu lain. Walaupun
begitu, seluruh hukum yang berkaitan seperti hukum nun sakinah, mim sakinah,
mad, waqaf dan sebagainya belum dinamakan dan dibukukan.
Penulisan
dalam ilmu tajwid sejak dulu dan sekarang tidak begitu banyak, puncak utama
ialah karena pembahasan ilmu itu sendiri yang tidak begitu meluas dan kandungan
babnya tidak banyak. Selain dari itu ia lebih tertumpu kepada latihan amali dan
jarang sekali didapati ia diajar dalam bentuk kuliah dan perbincangan hukum
semata-mata. Kitab yang pertama dalam ilmu tajwid ialah dalam bentuk nazam
(syair). Ia telah dihasilkan oleh Abu Mazahim al-Khaqani yang wafat pada tahun
325 hijrah yaitu di akhir kurun yang ke 3 hijrah. Nazam tersebut dianggap yang
terawal dalam ilmu tajwid.
Di
Malaysia, sejarah perkembangan ilmu tajwid adalah selari dengan sejarah
perkembangan Islam. Mengikut pendapat ahli sejarah, Islam mula bertapak di
Malaysia pada abad ke 15 di mana Malaka telah muncul sebagai pusat perdangangan
yang penting di Asia Tenggara. Para pedagang termasuk pedagang Arab telah
datang ke Melaka untuk berdagang. Di samping berdagang, mereka juga menyebarkan
Agama Islam.
Mengikut
sejarah Melayu, Raja Melaka yang pertama yaitu Parameswara telah diIslamkan
oleh Sheikh Abdul Aziz dari Mekah pada tahun 1414 yang kemudian menikah dengan
puteri Islam dari Pasai. Melalui perkembangan Islam inilah, para mubaligh dari
Arab telah mengajar al-Qur’an dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan
sunnah Nabi.
Di
dalam pengajaran al-Qur’an, ilmu tajwid diberi penekanan yang serius agar
pembacaan umat Islam betul dan mengikut apa yang telah disunahkan oleh
Rasulullah. Usaha mengajar al-Quran dijalankan melalui madrasah-madrasah,
rumah-rumah individu (tokoh imam) dijalankan oleh para mubaligh dari negeri
Arab. Mereka menjalankan pengajian al-Qur’an secara bersemuka bertujuan orang
yang diajar dapat membaca al-Qur’an dengan bertajwid, dari sinilah bermulanya
perkembangan ilmu tajwid di Malaysia.
Pada
peringkat awal ramai mubaligh asing terutama dari arab dan India datang ke
Malaka untuk menyebarkan dakwah islam. Setelah beberapa lama lahirlah pula para
mubaligh yang terdiri dari anak-anak tempatan Malaka. Mereka inilah yang
meneruskan perjuangan menyebarkan islam dan pembacaan al-Qur’an bertajwid
kepada penduduk-penduduk tempatan dan negeri-negeri lain di persekitaran.
Konsep dakwah yang disarankan oleh islam turut mempengaruhi faktor penyebaran
Islam (Al-Qur’an dan Syariat Islam). Setiap individu islam bertanggungjawab
menyampaikan ajaran ini kepada orang lain, telah menyebarluaskan lagi islam di
Malaysia.
Sejarah
juga menyatakan bahawa Islam sampai ke Kedah pada 291 H (903 M) dengan penemuan
batu nisan tertua di Tanjung Inggris. Di negeri Kelantan pula pada tahun 577H
(1181 M) dengan penemuan dinar emas di Kota Kubang Labu, Tumpat. Penemuan Batu
Bersurat di Terengganu pada 702H (1302M) membuktikan bahawa negeri Terengganu
juga menerima Islam. Ini karena diyakini oleh ahli sejarah Islam bahawa
perkembangan pengajian al-Qur’an dan tajwid juga bermula dari tarikh dan tempat
tersebut.
Mengikut
sejarah perkembangan ilmu tajwid, penyusun ilmu tajwid yang pertama dalam
bahasa Melayu adalah seorang ulama yang bernama Muhammad Salih bin Ibnu Mu’ti
bin Syeikh Muhammad Salih al- Kalantani. Asal usulnya tidak diketahui tetapi
mengikut sejarah nama di akhir adalah al-Kalantani, berkemungkinan beliau
berasal dari Kelantan. (nama ini terdapat dalam sebuah buku karya beliau).
Berdasarkan
kepada bukunya mengenai ilmu tajwid, yang bertajuk “Mir’atul Quran fi Tashili
Ma’rifati Ahkamit Tajwid lil Mulkil Wahhab” dihasilkan pada tahun 1193H
bersamaan 1779M adalah tarikh terawal mengenai ilmu itu yang ditulis dalam
bahasa Melayu. Beliau juga telah mengambil kitab tafsir Bahasa Melayu
“Turjumanul Mustafid”, Karya Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri yang merupakan
terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam bahasa Melayu. Buku ilmu
tajwid karya Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti ini telah disalin semula oleh Tuan Guru
Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu bermula pada tahun 1235 H (1819) M
dan disiapkan pada tahun 1265 H bersamaan 1848 M. (mengambil masa sekitar 42
tahun untuk menyiapkannya).
Terdapat
juga beberapa orang ulama dari kerajaan Sambas, Indonesia yang telah menulis
ilmu tajwid dalam versi Melayu, diantaranya ialah Haji Khairuddin ibnu Haji
Qamaruddin Sambas, yang telah menulis beberapa buah buku termasuklah ilmu
tajwid tetapi tidak dinyatakan tarikhnya. Kandungannya membincangkan ilmu
tajwid secara lengkap untuk peringkat asas (Koleksi tulisan Allahyarham Wan
Mohd Shaghir Abdullah, internet 5 Mei 2008 - senin). Seorang lagi Ulama Sambas
yang menulis tajwid ialah Haji Mohd Yasin bin Al-Haji Muhammad Sa’ad Sambas di
mana buku tajwid yang ditemui di karang oleh beliau ialah “ Ilmu Tajwid”.
Buku
ini diselesaikan di Mekah waktu Dhuha, hari Sabtu bersamaan 20 Syawal 1285 H.
Kandungannya menjelaskan tentang ilmu Tajwid al-Quran. Pada bagian awal ditulis
dalam Bahasa Arab yang diberi makna dalam bahasa Melayu. Bagian kedua semuanya
menggunakan bahasa Melayu. Manuskrip ini diperoleh di Pontianak Kalimantan
Barat. Ia pernah dimiliki oleh salah seorang keturunan Kerabat Diraja Kerajaan
Pontianak. Tarikh Perolehan ialah pada 11 Rabiulawal 1423 H hari Jumat
bersamaan 24 Mei 2002 M.
Sumber :
http://www.kumpulansejarah.com/2013/08/menelusuri-sejarah-munculnya-ilmu-tajwid.html
http://www.madinatuliman.com/3/5/213-mengenal-sejarah-asal-mula-adanya-ilmu-tajwid.html
http://yudihand.wordpress.com/2012/09/18/kenapa-kita-harus-membaca-al-quran-dengan-tajwid/
http://dambirtea.blogspot.com/2013/03/sejarah-dan-perkembangan-ilmu-tajwid.html
Comments
Post a Comment